Alumni IKRAM Muda Antarabangsa (AIMAN) merupakan satu rangkaian ahli IKRAM yang pernah menyertai tarbiah dan dakwah di luar negara sejak penubuhan IKRAM pada tahun 2010. Rangkaian alumni negara-negara yang terlibat kini disatukan di bawah satu jaringan dan medium perhubungan sebagai satu usaha memperkukuh ukhuwah dan juga perkongsian maklumat aktiviti-aktiviti terkini IMAN. Diharapkan dengan masukan dan input daripada tokoh-tokoh alumni yang berpengalaman luas akan melonjakkan lagi usaha dakwah dan pengukuhan modal insan IMAN di luar negara.